Tuesday, March 16, 2010

SEUNTAI KATA...

Blog Muhammad Haji Ishak yang dihasilkan ini merupakan salah satu tugasan yang perlu disempurnakan bagi memenuhi keperluan markah kursus SKMM1043, Cerpen Melayu. Tugasan ini melibatkan pelajar-pelajar Tahun 1 daripada Jabatan Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PBKKM, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi sesi 2009/2010. Selain daripada tokoh cerpen Ishak Haji Muhammad, terdapat juga pelajar-pelajar daripada kursus ini menyediakan blog mengenai tokoh-tokoh cerpen yang lain seperti Ali Majod, Usman Awang, Hamzah Hussain, Awam il-Sarkam, A. Samad Said, Salmi Manja, Zaharah Nawawi, Mana Sikana, dan Abdullah Tahir. Segala persiapan dan pemarkahan menyediakan blog ini dinilai oleh pensyarah kursus ini yang juga Ketua Program bagi Program Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu
Dr. Mawar Shafie. Penyediaan blog yang mengkaji mengenai seseorang tokoh ini diharapkan bukan hanya sekadar memenuhi keperluan markah tetapi diharapkan dapat menjadi rujukan kepada masyarakat umum yang kini menjadikan internet sebagai salah satu medium mendapatkan maklumat.

0 comments: